BAB 1 MAKANAN DAN PEMAKANAN

PENGENALAN :

  • Dalam bab ini, saya akan mengupas secara ringkas mengenai tajuk KEPERLUAN NUTRIEN yang terkandung dalam bab 1. Saya berharap agar pengisian yang saya beri akan membantu anda untuk mendapatkan ouput yang berguna disamping memahamkan anda dalam sesuatu silibus.
  • Makanan merupakan perkara yang kita ambil dalam kehidupan seharian untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Contohnya pengambilan nutrien, protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.
  • Tujuan mengambil makanan ialah untuk membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

Setiap manusia memerlukan makanan dan makanan yang kita ambil juga   perlulah mengandungi kandungan nutrien yang lengkap. Keperluan nutrien di pengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :

  • Jantina –  Kebiasaanya lelaki memerlukan lebih nutrien berbanding dengan perempuan. Ini kerana lelaki lebih aktif dan mempunyai otot yang berlemak. Manakala, perempuan pula memerlukan ferum yang banyak untuk menampung kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
  • Umur  – Bayi perlukan protein, karbohidrat, kalsium, dan ferum untuk pertumbuhan. Manakala, kanak-kanak pula memerlukan karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat. Remaja pula perlukan protein, kalsium dan ferum  bagi mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti. Dewasa dan warga tua pula memerlukan lebih kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan menghalang osteoporosis. Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi serta tiamina untuk membantu fungsi saraf.
  • Saiz tubuh badan – Terbahagi kepada 2 jenis tubuh badan iaitu :

i)  Endomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang besar. Ini menyebabkan lebih tenaga diperlukan bagi mengerakkan badan dan    mengekalkan fungsi tubuh.

ii) Ektomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang kecil dan tidak memerlukan tenaga yang lebih berbanding endomorf.

  • Aktiviti – Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan. contohnya aktiviti berenang merupakan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga iaitu 5.0-11.0 kkal/min.

  • Kumpulan Tertentu – melibatkan 4 kategori iaitu :

Ibu Mengandung – protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus

- asis folik untuk perkembangan otak yang sihat

- kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang

- ferum untuk menjamin bekalan darah semasa melahirkan anak

√  Ibu yang menyusukan anak – rotein, kalsium dan tenaga perlu untuk penghasilan susu

√   Pesakit dan si pulih – Protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta sembuh

√   Vegetarian – Protein diperoleh daripada kekacangan

- Retinol diperoleh daripada karoten sayur-sayuran

- Kalsiferol pula diperkaya oleh marjerin.

- Kalsium, fosforus dan ferum pula dibekalkan melalui sayuran hijau dan kekacang.

 

 

 

 

 

 

 

 

12 responses to “BAB 1 MAKANAN DAN PEMAKANAN

  1. ippie iris

    trima kasih atas nota ni….
    dpt jugak merelaxkan otak…

  2. ippie iris

    Nutrien manakah yang lebih diperlukan oleh seorang yang endomorf?

    a. Retinol
    b. Protein
    c. Ferum
    d. Kalsium

  3. ippie iris

    Apakah maksud Pesakit dan Si pulih?

    • Sory dik sbb akak bru bls k… Pesakit ialah individu yang sedang mengalami gangguan kesihatan disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang dihadapi. Manakala, si pulih pula ialah indivedu yang beransur pulih daripada penyakit yang dihidapi. TQ for the question.. ;)

  4. Nurfarahin

    Assalammualaikum..nak tanye..nie ringkasan dari buku teks ke ?

  5. fatimah zaharah

    apakah maksud osteoporosis?

    • Osteoporosis adalah sebuah penyakit di mana tulang menjadi kehilangan kepadatan, sangat berpori, mudah patah, dan pulih dengan lambat yang terjadi terutama pada wanita menopause. Ini akan menyebabkan sesorang wanita menjadi bongkok apabila usia meningkat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s