BAB 14 KONSUMERISME

 

APA ITU KONSUMERISME?? 

– Konsumerisme adalah 1 konsep yang menerangkan tentang kesedaran manusia terhadap hak, kepentingan dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. 

SIAPAKAH PENGGUNA?? 

– Pengguna pula merujuk kepada mereka yang membeli, mendapatkan, dan menggunakan pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak. 

ANTARA MASALAH-MASALAH PENGGUNA IALAH : 

~ Kualiti 

  • Ianya berkaitan dengan mutu sesuatu barang. Kebanyakan pembeli tertipu dengan membeli barang yang tidak berkualiti. Contohnya, pembeli membeli makanan di dalam tin yang telah tamat tarikh luput.

~ Harga 

  • Masalah ini sering membelenggu di kalangan pengguna. Walaupun barang yang digunakan sama, harga barangan tersebut berlainan mengikut premis, lokasi, kedai dan negeri. Contohnya, barangan runcit lebih murah di kawasan sekitar Kelantan berbanding dengan barangan runcit di sekitar Kuala Lumpur.

~ Kuantiti 

  • Kebiasaanya masalah ini berlaku kepada semua pengguna di luar sana. Masalah kuantiti barangan yang tidak mencukupi mengikut timbangan, sukatan, isipadu, saiz dan bilangan dalam proses jual beli. Contohnya, makanan yang telah dibungkus tidak mengikuti timbangan yang disyorkan.

~ Keselamatan 

  • Ramai pengguna menghadapi masalah keselamatan akibat daripada pembelian barangan yang tidak selamat digunakan. Contohnya pembelian barang-barang kosmetik yang mengandungi bahan yang terlarang. Namun, untuk mendapatkan keuntungan, pengeluar menipu pengguna dengan menggunakan bahan yang tidak selamat digunakan di dalam barang kosmetik tersebut.

~ Perlindungan 

  • Kurang kesedaran tentang hak-hak sebagai pengguna menyebabkan ramai pengguna di luar sana tertipu dan pengeluar pula tidak takut untuk meneruskan niat kotor mereka. Oleh itu, pengguna haruslah mengetahui kesemua hak mereka sebagai pengguna.

PENGARUH IKLAN KEPADA PENGGUNA 

*Iklan merupakan medium yang digunakan oleh pengguna untuk mempromosi, melariskan dan memperkenalkan barangan dan perkhidmatan mereka kepada pengguna. Oleh itu, ramai pengguna tertipu di sebalik pengiklanan terutamanya di dalam televisyen, radio, majalah, surat khabar dan sebagainya.

KEBAIKAN IKLAN : 

  • Memberi maklumat, penerangan dan kenyataan.
  • Menggalakkan promosi dan mendapat maklumat promosi barangan dan perkhidmatan.
  • Membuat perbandingan harga, kandungan, gred, jenama, kualiti barangan dan perkhidmatan.
  • Menggalakkan persaingan antara pengeluar barangan dan perkhidmatan.

KEBURUKAN IKLAN : 

  • Menggalakkan prilaku yang berbahaya, tabiat buruk, dan pemikiran ambil  mudah.
  • Menggalakkan naluri mementingkan kebendaan dan jenama.
  • Menggalakkan pembaziran dan boros berbelanja.
  • Menggalakkan kegiatan yang tidak berfaedah.
  • Menggalakkan pengabaian barangan tempatan.
  • Mengelirukan pengguna dengan teknik iklan yang berbeza.

HAK DAN UNDANG-UNDANG PENGGUNA : 

  1. HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN ASAS 
  2. HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
  3. HAK UNTUK MENDAPATKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN
  4. HAK UNTUK MEMILIH
  5. HAK UNTUK MEYUARAKAN PENDAPAT
  6. HAK UNTUK MENDAPATKA GANTI RUGI
  7. HAK UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN PENGGUNA
  8. HAK UNTUK MENDAPATKAN ALAM SEKITAR YANG SIHAT 

 

 

 

 

2 responses to “BAB 14 KONSUMERISME

  1. sufi

    apa itu konsumerisme
    sila terangkan lebih lanjut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s