BAB 4 PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

Dalam bab ini, kita akan mempelajari dengan lebih lanjut tentang Makanan Mudah.

Apa itu makanan mudah?

– Makanan mudah ialah makanan yang telah diproses atau disediakan sebahagian atau sepenuhnya. Ianya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

  • Makanan separa proses

-contohnya filet ikan, perut lembu, udang basah dan daging ayam.

  • Makanan sedia untuk dimasak

              – contohnya sayur asing, roti pratha sejuk beku, sayur campur dan tepung berperisa.

  • Makanan sedia masak untuk dipanaskan

– contohnya keropok lekor, popia, pau dan pizza

  • Makanan sedia masak untuk disaji

– contohnya roti, jem, burger, sate dan lauk-pauk.

  • CIRI PEMILIHAN MAKANAN MUDAH
  1. Bekas makanan tidak kemek, rosak, berkarat dan menggelembung.
  2. Makanan sejuk beku mencapai takat beku
  3. Makanan yang sihat dan mengandungi nutrien
  4. Makanan yang belum luput tarikh luput
  5. Makanan tidak berubah warna
  6. Makanan tidak basi dan berlendir
  7. Makanan tidak berubah rasa
  • KEBAIKAN MAKANAN MUDAH
  1. Cepat dan senang disediakan, menjimatkan masa dan tenaga
  2. Senang disimpan didalam almari, kabinet atau peti sejuk
  3. Tidak memerlukan banyak kemahiran semasa penyediaanya
  4. Lebih selamat jika diproses oleh industri
  5. Untuk tujuan kecemasan seperti kedatangan tetamu secara tiba-tiba
  6. Boleh disimpan selama sepanjang tahun
  7. Mudah dibawa ke mana-mana
  8. Tahan lama
  9. Nutrien tambahan meningkatkan nilai pemakanan
  10. Mempelbagaikan jenis makanan di pasaran
  • KEBURUKAN MAKANAN MUDAH
  1. Lebih mahal daripada makanan segar
  2. Kehilangan sebahagian nutrien semasa pemprosesan
  3. Mempunyai kandungan lemak, garam, dan gula yang tinggi
  4. Mempunyai bahan aditif yang tinggi dan ia boleh menjejaskan kesihatan

2 responses to “BAB 4 PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

  1. tenkiu k 4 information..

Leave a comment